Author - Suwasdie Che Man

Top Islands: Readers’ Choice Awards 2025

Langkawi in Top Islands: Readers’ Choice Awards 2025

Langkawi has been listed among the Top Islands in the Readers’ Choice Awards 2025, showing its growing popularity among global travelers. Known for its UNESCO Global Geopark status, beautiful beaches, and rich culture, Langkawi stands out as a must-visit island in Southeast Asia.

The award highlights Langkawi’s unique natural beauty, eco-tourism attractions, and friendly hospitality, making it a favorite destination for both adventure seekers and leisure travelers.

 

Asia

  1. Phú Quốc, Vietnam 95.51
  2. Langkawi, Malaysia 92.99
  3. Koh Samui, Thailand 92.7
  4. Boracay, Philippines 90.54
  5. Palawan, Philippines 90.23
  6. Bali, Indonesia 89.84
  7. Siargao, Philippines 85.49
  8. Andaman Islands, India 85.33
  9. Phuket, Thailand 84.62
  10. Phi Phi Islands, Thailand 83.27

United States

  1. Hilton Head Island, S.C. 96.39
  2. Kiawah Island, S.C. 95.52
  3. Maui, Hawaii 93.35
  4. Oahu, Hawaii 93.04
  5. Lanai, Hawaii 92.45
  6. South Padre Island, Texas 91.51
  7. Nantucket, Mass. 91.43
  8. Kauai, Hawaii 91.4
  9. Amelia Island, Fla. 90.64
  10. Big Island, Hawaii 90.54
  11. Florida Keys, Fla. 90.39
  12. Mackinac Island, Mich. 90.34
  13. Tybee Island, Ga. 90.33
  14. Santa Catalina Island, Calif. 90.23
  15. Sanibel Island, Fla. 89.64

Europe

  1. Crete, Greece 91.85
  2. Corfu, Greece 90.67
  3. Sardinia, Italy 90.17
  4. Hvar, Croatia 89.29
  5. Sicily, Italy 88.93
  6. Madeira, Portugal 87.82
  7. Mykonos, Greece 87.41
  8. Paros, Greece 86.38
  9. Mallorca, Spain 86.37
  10. Malta 86.27

The Caribbean & The Atlantic

  1. Bermuda 94.82
  2. British Virgin Islands 94.59
  3. St. Barts 92.82
  4. St. Lucia 91.84
  5. Puerto Rico 91.72
  6. Aruba 91.58
  7. Jamaica 91.02
  8. Dominica 90.94
  9. Anguilla 90.77
  10. The Bahamas 90.65
  11. United States Virgin Islands 90.25
  12. St. Maarten 90.12
  13. Antigua 89.52
  14. Turks and Caicos 89.5
  15. Cayman Islands 89.43
  16. Grenada 89.29
  17. Curaçao 88.88
  18. St. Kitts 88.69
  19. Tobago 86.53
  20. Barbados 86.47

Central & South America

  1. Galapagos Islands, Ecuador 90.1
  2. Islas Secas, Panama 88.51
  3. Roatán, Honduras 87.59
  4. Ambergris Caye, Belize 84.04
  5. Islas del Rosario, Colombia 83.75

Rest of North America

  1. Isla Mujeres, Mexico 93.14
  2. Cape Breton, Canada 93.04
  3. Vancouver Island, Canada 91.91
  4. Isla Holbox, Mexico 88.46
  5. Cozumel, Mexico 82.34

Australia & The South Pacific

  1. Fiji 92.31
  2. Bora Bora, French Polynesia 91.3
  3. Moorea, French Polynesia 89.12
  4. Tasmania, Australia 88.11
  5. Tahiti, French Polynesia 87.29

Africa & The Indian Ocean

  1. Maldives 92.31
  2. Mauritius 91.3
  3. Seychelles 89.12
  4. Zanzibar, Tanzania 88.11
  5. Bazaruto Archipelago, Mozambique 87.29
  Source : https://www.cntraveler.com/story/top-islands-readers-choice-awards-2020

LADA perkasa Langkawi sebagai destinasi pilihan ramai

https://www.youtube.com/watch?v=symeB523rgY   Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Langkawi Development Authority (LADA), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, berkata kemudahan bertaraf antarabangsa menjadikan pulau langkawi pilihan untuk pelbagai aktiviti termasuk mesyuarat, sukan, malah perkahwinan romantis.   Sumber : https://www.astroawani.com/video/video-terkini-x7sio1/lada-perkasa-langkawi-sebagai-destinasi-pilihan-ramai-x9rh4bo

Kadar tempahan hotel di Langkawi perlahan sempena cuti sekolah – MAH Kedah/Perlis

Foto hiasan
Foto hiasan
LANGKAWI: Kadar tempahan hotel di Langkawi berada bawah 60 peratus menjelang musim cuti sekolah dan Hari Malaysia minggu hadapan. Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kedah/Perlis, Eugene Dass, berkata kadar tempahan hotel di pulau itu kekal antara 56 hingga 60 peratus, sama seperti tahun lalu, tanpa sebarang peningkatan. "Trend tempahan hotel sekitar Langkawi dalam tempoh lapan bulan lalu sangat perlahan dan tidak menunjukkan pertumbuhan, malah majoriti pelancong gemar membuat tempahan saat akhir. "Hanya sebilangan kecil sahaja yang menempah lebih awal pada musim cuti, ini menunjukkan pelawat dalam dilema ketika memilih destinasi percutian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Eugene berkata, berdasarkan pengalaman lalu cuti sekolah jarang memberi kesan besar terhadap tempahan hotel di Langkawi, berbeza dengan musim perayaan atau penganjuran acara antarabangsa berskala besar. "Tambahan pula, cuti penggal persekolahan minggu hadapan jatuh pada pertengahan bulan, penjawat awam belum dapat gaji menyebabkan kuasa berbelanja rakyat bagi percutian keluarga semakin terbatas.
"Isu logistik turut memburukkan keadaan, termasuk jadual feri yang tidak menentu dan kadar tambang penerbangan yang meningkat selain sambungan penerbangan terhad," katanya. Beliau berkata, ketiadaan tarikan baharu di Langkawi juga menjadi faktor pelancong memilih destinasi pelancongan ASEAN lain seperti Hat Yai, Thailand yang dianggap lebih 'mesra bajet'. Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkaitan industri pelancongan lebih agresif mempromosikan Langkawi menerusi kempen pemasaran bersepadu menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. "Pengusaha hotel di Langkawi sentiasa menanti kehadiran pelawat. Buatlah tempahan awal untuk menikmati harga lebih jimat kerana banyak hotel di pulau ini menawarkan penginapan selesa dengan kadar berpatutan," katanya. Bagaimanapun, Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Kedah/Perlis melihat kelesuan industri pelancongan di Langkawi ketika ini, bukan persaingan secara langsung dengan Hat Yai. Pengerusinya, P Subramaniam, berkata Hat Yai dan Langkawi tidak wajar dibandingkan secara terus kerana kedua-duanya menawarkan pengalaman berbeza umpama laut dan darat, masing-masing punya keindahan tersendiri. Katanya, Hat Yai lebih menonjol dengan tarikan membeli-belah dan makanan, manakala Langkawi menampilkan alam semula jadi, pantai terpelihara, beli-belah bebas cukai serta resort mesra keluarga. "Permintaan terhadap pakej pelancongan di Langkawi kekal positif, khususnya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu panjang kerana produk pelancongan yang ditawarkan berbeza. "Prospeknya juga positif, seiring peningkatan ketibaan pelancong antarabangsa selepas adanya penerbangan terus berjadual IndiGo dari Bengaluru, India dan Flydubai dari Emiriah Arab Bersatu (UAE)," katanya. Namun, beliau menambah, tawaran pakej percutian mampu milik, rangkaian pengangkutan lebih baik, produk baharu serta kempen promosi giat akan terus mengekalkan daya tarikan Langkawi. "Cabaran harga termasuk kos sewa kereta, penginapan dan makanan wajar ditangani sebaik mungkin oleh penggiat industri agar pengunjung mendapat nilai terbaik," katanya.   Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1444709/kadar-tempahan-hotel-di-langkawi-perlahan-sempena-cuti-sekolah-mah

Tawaran Istimewa Naturally Langkawi sasar jana RM150 juta

HUI YING (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Seri Iskandar Mohd. Kaus (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif, Perkhidmatan Pengembaraan dan Kesetiaan MAG, Philip See Yew Jin.
  KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) hari ini melancarkan Tawaran Istimewa Naturally Langkawi, yang memberikan potongan diskaun antara 20 dan 70 peratus bagi pelbagai tarikan serta perkhidmatan di pulau peranginan tersebut bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2025. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, kempen tersebut tepat pada masanya kerana ia direka bukan sahaja untuk menarik pengunjung semasa musim luar puncak, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Langkawi sebagai destinasi yang mesti dikunjungi menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026. Jelasnya, Langkawi secara konsisten mengalu-alukan kira-kira tiga hingga 3.2 juta pelancong setiap tahun, menjana impak ekonomi lebih daripada RM7 bilion. “Dengan kempen ini, kami menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan pelancong sebanyak 15 hingga 20 peratus dan ini boleh menyuntik anggaran RM150 juta perbelanjaan tambahan ke dalam ekonomi tempatan. “Ia akan menghasilkan lebih banyak tempahan penginapan dan pengangkutan, lebih banyak meja diduduki di restoran, dan lebih ramai peniaga kecil, serta usahawan tempatan mendapat manfaat secara langsung daripada peningkatan perbelanjaan pelancong. “Kementerian Kewangan bersama-sama dengan kementerian dan agensi lain sangat menyokong inisiatif yang menyatukan kerajaan, pemain industri dan masyarakat yang mencerminkan semangat sebenar Malaysia, iaitu kemakmuran melalui kerjasama,” katanya pada majlis pelancaran. Majlis sama turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara LADA dan Malaysia Aviation Group (MAG) bagi menjayakan kempen tersebut. Sementara itu, Pengurus Bahagian Pelancongan LADA, Azmil Munif Mohd. Bukhari berkata, pihaknya telah membentuk kerjasama dengan lebih 20 pemain industri dari sektor perhotelan, restoran dan pengangkutan bagi menjayakan kempen berkenaan dan lebih banyak syarikat dijangka bakal turut serta menjelang Oktober. “Tahun ini, kami menyasarkan ketibaan pengunjung sebanyak 3.5 juta orang berbanding 3.2 juta pada tahun lalu, yang mana 60 peratus daripadanya merupakan pelancong antarabangsa. “Setakat Julai lalu, kami telah merekodkan 1.7 juta pengunjung,” katanya. – KOSMO! ONLINE   Sumber : https://www.kosmo.com.my/2025/08/25/tawaran-istimewa-naturally-langkawi-sasar-jana-rm150-juta/

Langkawi’s hidden world of birds

LANGKAWI, 25 June 2025: Langkawi isn’t just about beaches, duty-free shops, or seafood dinners with a view. Look up or, better yet, pause for a moment, and you’ll notice a quieter, wilder rhythm unfolding above and around you: birdsong in the trees, silhouettes gliding between branches, flashes of colour darting across the sky. Welcome to Langkawi’s hidden world of birds. Langkawi lies just six degrees north of the Equator, where the equatorial and tropical climate zones overlap. This unique position creates an ecological crossroads that supports a remarkable diversity of birdlife, especially for an island its size. Best of all, you don’t need to be an expert or own expensive gear to enjoy it, even your smartphone camera will do the trick. Forget the myth that birdwatching is only for the seasoned or the thoughtfully equipped. As the locals might say, your “Mark II eyeballs” will do just fine. Even a modest pair of binoculars can open up a whole new layer of Langkawi’s natural magic. Start with the raptors that command the skies above Langkawi. These birds of prey are a common sight in the mangroves, coastlines, and hillsides, often spotted gliding effortlessly on rising thermals. Look out for the White-bellied Sea Eagle, the Crested Serpent Eagle, and the unmistakable Brahminy Kite, with its striking chestnut plumage and white head, often seen circling above fishing boats or perched near the water’s edge. Deeper inland, in the island’s forested highlands, hornbills add a touch of prehistoric drama to the treetops. The Great Hornbill, in particular, is a majestic presence on Mount Raya. With its heavy, curved bill and unmistakable barking call, it’s often seen gliding between fruiting trees in the early hours. A sunrise walk or drive up Gunung Raya offers one of the best chances to spot this iconic species in action. In the cooler months, Langkawi welcomes migratory visitors. Herons, egrets, and other wetland birds fill the paddy fields in search of fish and grubs, turning these landscapes into seasonal theatres of activity. Meanwhile, colourful residents like kingfishers and sunbirds dazzle with their plumage, if you’re lucky enough to catch a glimpse before they vanish into the foliage. Sunbirds, in particular, are small, shimmering nectar-lovers often spotted near flowering plants. Though not quite hummingbirds, they belong to the same dazzling family tree. The best way to start is to keep it simple. A local bird guidebook, a pair of binoculars (or none at all), and maybe a local guide with a good eye. And yes, your smartphone can be an excellent companion for birding. With a decent zoom, a steady hand, and a little patience, it can turn into a surprisingly effective birdwatching tool. Langkawi’s birds are storytellers, characters, and companions for those who take the time to notice. So on your next visit, tune your senses skyward. You might leave with more than just great photos, you might just catch a new hobby taking flight. Source : https://www.ttrweekly.com/site/2025/06/langkawis-hidden-world-of-birds/ Picture Great Hornbill male with the red figs by https://www.wendynatureguide.com/2023/01/strangling-figs-hornbills-and-blessings.html

Malaysia Airlines, MYCEB and LADA Host Landmark Global Trade Elevation Summit 2025 in Langkawi to Propel Visit Malaysia Year 2026 Vision

LANGKAWI, 17 June 2025 Malaysia Airlines, in strategic collaboration with the Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MYCEB) and the Langkawi Development Authority (LADA), successfully hosted the second edition of its flagship Trade Elevation Summit (TES) from 10 to 12 June 2025. As the largest airline trade event in Malaysia, TES 2025 brought together key industry stakeholders on the stunning island of Langkawi – the jewel of Kedah and a UNESCO Global Geopark. Following the resounding success of the inaugural summit in Kuala Lumpur last year, TES 2025 continued its momentum with over 300 delegates in attendance, including airline representatives, trade partners and key stakeholders from 68 cities across the globe, creating an exceptional platform for collaboration, innovation, and strategic dialogue. Against the breathtaking backdrop of Langkawi, attendees were immersed in curated experiences that celebrated the best of Malaysian culture, tourism offerings, and the national airline’s latest products and services. The summit also serves as a timely and strategic catalyst in the lead-up to Visit Malaysia Year 2026 (VMY2026), reinforcing Malaysia Airlines’ role as a national flagbearer and global connector. Dersenish Aresandiran, Chief Commercial Officer of Airlines, Malaysia Aviation Group said, “Malaysia is more than a destination—it is a story of rich culture, warm hospitality, and global potential. As the national carrier, Malaysia Airlines carries this story across continents, serving as a bridge between nations and a proud ambassador of everything Malaysia stands for. Langkawi has long been a cornerstone of our network—one of our earliest and most iconic leisure destinations. With 56 weekly flights connecting the island to key cities across Malaysia and beyond, we continue to champion Langkawi’s role as a vital tourism gateway and catalyst for regional growth. Hosting the Trade Elevation Summit here reflects our long-standing commitment to uplifting Malaysia’s key tourism hubs and aligning our efforts with national goals. Through initiatives like the Bonus Side Trip, and ongoing investments in connectivity, product innovation, digital platforms, and customer experience, we are strengthening our foundations and positioning Malaysia Airlines as the top-of-mind carrier in the region. This summit is a strategic milestone in our journey towards Visit Malaysia Year 2026—where we will continue to champion Malaysia as premier global destination.”  As an annual flagship initiative by Malaysia Airlines, TES reinforces the airline’s mission to champion Malaysia as a preferred travel destination, drive innovation in aviation, and foster closer cooperation between international stakeholders and local industry players. Delegates engaged in curated business-to-business (B2B) sessions, immersive product showcases, and strategic forums focusing on aviation growth, regional connectivity, and destination marketing. This year’s edition in Langkawi not only reinforced Malaysia’s position as a premier travel destination in Asia but also underscored the airline’s commitment to supporting state-level tourism through strategic alignment with the nation’s tourism goals. The summit also featured product showcases, business-to-business sessions, and forward-looking discussions on aviation growth, connectivity, and destination marketing. It was a testament to the strong alignment between Malaysia’s tourism strategy and the airline’s global network ambitions. With strong support from MYCEB and LADA, TES 2025 underscores a unified national effort to strengthen Malaysia’s tourism and aviation industry —driven by strategic collaboration and shared ambition. With Malaysia Year 2026 on the horizon, the TES 2025 served as a timely and strategic move to energise the tourism ecosystem, build lasting partnerships, and reaffirm Malaysia Airlines’ role as the nation’s proud flagbearer.
 

The Ancient Heart of Langkawi: The story beneath Gunung Machincang

LANGKAWI, 12 June 2025: Long before Langkawi became a name whispered among travellers seeking beaches and sunsets before the first fisherman ever cast a net here — this land held a deeper story. A geological one: A story etched not in memory but in stone. Gunung Machincang, one of Langkawi’s most iconic peaks, is more than a backdrop to sweeping cable car views — it’s a time capsule. Its origins stretch back some 550 million years to when the earth was reshaping itself with titanic force as the Australian tectonic plate collided with the Asian landmass. An immense geological ballet evolved, slowly sculpting the face of Southeast Asia.
Langkawi, then part of a vast ancient river delta, lay submerged under shallow seas and sediment-rich waters. Sand settled swiftly in the faster shallows; mud and silt drifted deeper, forming distinct layers. Over unfathomable epochs, these sediments were compressed into the sandstone and mudstone we see today — some of the oldest exposed rocks in all of Malaysia. And there are moments, preserved in rock, that still take the breath away. One such fossilised wonder rests quietly between the upper observation decks of the Langkawi SkyBridge — ancient ripple marks in fine sandstone, likely caused by dust or volcanic ash settling on a beach long, long ago. It’s like time, caught mid-whisper. Then there’s the stonework that may have inspired the mountain’s original name — Gunung Mat Cincang. In Malay, ‘cincang’ (pronounced chin-chung) means to chop meat into cubes. And when you peer down from the viewing decks, you’ll see weathered sandstone breaking naturally into square, almost hand-carved-looking blocks — as if some giant spirit had been preparing a feast.
But the island’s geological drama didn’t stop with sandstone. As tectonic pressures folded and warped the Earth’s crust, magma surged upward beneath what is now Gunung Raya. Though it never erupted — the surface tension wasn’t quite enough — the molten rock cooled underground, forming a massive granite dome. This natural plug sealed the vent and, over centuries, became the heart of Langkawi’s highlands. Some of this ancient granite was quarried in more recent decades to build the roads that now connect the island’s towns and beaches — a small, human echo of a grand, geological past. Today, visitors to Gunung Machincang may come for the view — but those who linger learn that the real story lies beneath their feet. Every stone, every ridge, every fault line is a chapter in Earth’s deep history, laid bare in Langkawi like a library carved in stone. And in that knowledge, a deeper connection emerges — between the land, its people, and the vast arc of time that brought them here.

Langkawi’s flying five: Nature’s aerial oddities

LANGKAWI, 6 JUNE 2025: Mention Africa’s Big Five and images of lions and elephants come to mind. But tucked away in Malaysia’s mystical Langkawi archipelago is another set of marvels — smaller, stranger, and just as captivating. Welcome to the world of Langkawi’s Flying Five. Here, on this island where rainforest meets reef and ancient legends float on sea mist, nature has evolved to defy gravity. On islands like Langkawi, where resources are limited, and survival often means staying off the ground, many creatures have found astonishing ways to take to the air — or, at least, glide through it. The result? A cast of five airborne residents: the Flying Fox, the Colugo, the Flying Snake, the Flying Squirrel, and the Flying Lizard.
Of the five, only one truly flies: the Flying Fox, Langkawi’s majestic fruit bat and one of the largest bats in the world. With leathery wings stretching nearly a metre across, they take to the skies each dusk from Pulau Dangli, a small island near Teluk Yu. At twilight, hundreds rise like smoke into the orange sky, gliding in search of ripe island fruits. By dawn, they return to roost — silent, upside down, and otherworldly — in their coastal tree havens. Then there’s the Colugo, an elusive nocturnal glider that looks like something between a lemur and a hang-glider. Often clinging to tree trunks in the island’s denser jungle interiors, this gentle herbivore stretches a web of skin called a patagium—the most expansive of any gliding mammal — to coast silently from branch to branch. Its closest relatives? Not rodents, but primates. Its movements are so smooth. You’ll likely never see it unless you know what you’re looking for — a shadow melting from bark, drifting on air. Even stranger is the Flying Snake, part of the Chrysopelea family — the only snake on earth capable of gliding. Native to Southeast Asia’s tropical forests, Langkawi’s variety flattens its ribcage mid-leap, transforming its body into a serpentine wing. The result is a graceful undulation that lets it “swim” through the canopy. Despite its acrobatics, it’s harmless to humans — though perhaps not to the frogs and lizards it stalks in the trees.
If you find yourself hiking at twilight, you might glimpse a blur that seems to levitate between trees. These are Langkawi’s Flying Squirrels — including the striking Giant Red Flying Squirrel and the pale-bellied Red-cheeked Flying Squirrel. Silent, crepuscular, and ghostly, they glide effortlessly through the dusk, often mistaken for jungle spirits. For generations, locals have whispered stories about these gliders — a blend of biology and folklore. Finally, the smallest aerial wonder: the Flying Lizard, or Draco volans — also known as the Flying Dragon. These tiny reptiles deploy rib-extended wings, like miniature parachutes, allowing them to glide distances of up to 60 metres. Spotted most often clinging to tree trunks or zipping through gaps in the forest canopy, they descend to the ground only to lay eggs in shallow hollows, vanishing again into the treetops just as quickly.
Together, these five creatures aren’t just biological curiosities. They’re part of a living, breathing ecosystem — one that has adapted, survived, and soared, quite literally, in harmony with the island’s ancient rhythms. Langkawi’s “Flying Five” might not roar or charge like their African counterparts. But in the stillness of its jungles and the quiet awe of those lucky enough to spot them, they offer something just as stirring: a glimpse into evolution’s most graceful answers to the challenge of survival.   Source : https://www.ttrweekly.com/site/2025/06/langkawis-flying-five-natures-aerial-oddities/

Seni Mural Geopark Langkawi: Instrumen penghubung alam, sejarah, dan komuniti.

LANGIT Pulau Lagenda petang itu ibarat balang raksaksa yang dipenuhi perahan limau mandarin yang ranum dan menggiurkan. Pecahan jingganya begitu pekat, asyik dan mengghairahkan setiap mata yang memandang, setiap jiwa yang mendambakan kedamaian. Berbahagialah warga Langkawi yang memiliki spot matahari terbenam (antara tercantik di Malaysia) bagi melawan hari-hari yang melelahkan. Suasana yang nyaman dengan angin berpuput lembut, seolah merestui Jambatan Kuala Melaka yang telah menjalani proses makeover dengan penampilan baharu yang bergaya dan penuh keanggunan. Warga Lang Paradise kini boleh berbangga terdapat sebuah lagi daya pikat yang bakal menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelancong, malah warga tempatan. “Hampir setiap minggu saya akan berbasikal bersama teman-teman. Setiap kali lalu di jambatan ini, kami akan berhenti dan merakam gambar. Permandangan sungai dan sunset dari atas jambatan ini memang sangat cantik. Dulu jambatan ini plain saja. Sekarang sudah berseri. Pasti ia akan jadi lokasi tumpuan selepas ini. Dan saya sendiri akan sebarkan pada kawan-kawan yang lain.” Kata pegawai wanita dari Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang turut sama memeriahkan acara petang itu, dengan mata bercahaya. Jambatan Kuala Melaka menerima sentuhan dari 12 artis tempatan yang terpilih menjayakan mural bertemakan Geopark Langkawi. Inisiatif ini digerakkan oleh Balai Seni Negara Langkawi dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), JKR Langkawi dan agensi-agensi tempatan sempena Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) 2025.
Foto: Fazleena Hishamuddin
Lokasi ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik sebagai laluan utama pelancong dan nadi kehidupan komuniti setempat, sekali gus memiliki potensi besar untuk diangkat sebagai ruang seni awam yang memperkayakan pengalaman budaya dan visual setiap pengunjung. Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akbar Khan, pada 19 Mei 2025. Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Haslina Abdul Hamid,; Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad; Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Langkawi Ir. Ts. Khairul Azlan Abdullah, serta pegawai-pegawai kanan, jabatan, dan agensi yang terlibat. Khairul Firdaus menyatakan penghargaan kepada pihak LADA dan Balai Seni Negara Langkawi serta barisan seniman yang telah menjayakan projek ini. Pemilihan jambatan yang strategik di laluan utama menjadi penghubung masyarakat sebagai ruang riadah dan menghargai keindahan alam. Khairul Firdaus turut meninggalkan magis sentuhannya, dengan mengecat pada dinding jambatan sebagai gimik pelancaran. Usaha ini bukan sekadar menceriakan ruang awam, malah menyerlahkan peranan seni sebagai pemelihara warisan budaya yang berharga dan sebagai pemangkin daya kreatif komuniti tempatan. Inisiatif ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, di samping menyemarakkan semangat Tahun Melawat Kedah 2025 serta menyokong kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026. Ia adalah manifestasi sinergi antara keindahan seni, identiti bangsa, dan kemajuan negara. Program yang bermula dari 7 Mei hingga 23 Mei 2025 ini menyaksikan transformasi menyeluruh terhadap Jambatan Sungai Kuala Melaka melalui penghasilan mural berskala besar yang mengetengahkan tema Geopark Langkawi. Program ini merangkumi beberapa fasa penting, termasuk kerja-kerja pembersihan, pengecatan, serta penghasilan mural. Amerrudin pula meluahkan rasa bangga terhadap transformasi Jambatan Kuala Melaka yang mengangkat peranan seni dalam memacu aktiviti pelancongan negara. Jambatan–sebagai penghubung antara dua daratan, kini turut menjadi simbol hubungan antara masyarakat dan dunia seni. Menerusi sentuhan kreatif, seni membuka landskap imaginasi masyarakat dan menyemai benih apresiasi yang kian mekar. Balai Seni Negara menyokong penuh inisiatif dan perancangan sebegini demi memperkaya pengalaman budaya rakyat dan pelancong.
Foto: Fazleena Hishamuddin
12 artis seni visual yang terlibat iaitu Dhiyaul Mohamad Ashraf Dawari, Muhammad Firdaus Musa, Muhammad Riduan Raja Yunus, Muhammad Syafiq Mohd Adib, Muhammad Izwan Rahimi, Norafandi Rosli, Hardiana Hidayah Azni, Abdul Qoyyum Mohd Nadzri, Mohammed Nabil Sohaini, Fauzan Adzima Pangestu Padzli, Mohamad Fakhri Mohd Salleh dan Muhammad Izharuddin Mohd Salleh. Barisan karyawan ini dipilih berdasarkan pengalaman dan potensi karya-karya mereka sebelum ini. Hardiana Hidayah, satu-satunya artis wanita yang menerajui penghasilan mural (bahagian atas) jambatan ini, mengakui bahawa faktor cuaca yang tidak menentu memberikan cabaran yang besar kepada pasukan mereka. “Kami bekerja 8-12 jam sehari. Tidak kira hujan, ribut atau panas terik. Kerja menyiapkan mural ini 100 peratus menggunakan skylift. Apatah lagi jambatan ini berada di laluan yang sibuk. Begitu mencabar, berisiko namun sebuah pengalaman yang mengesankan.” Langkawi mendapat pengiktirafan sebagai Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark pada 2007 kerana keindahan alam dan nilai warisan geologi bertaraf antarabangsa. Geopark merupakan konsep pembangunan yang memberikan perhatian kepada keseimbangan tiga komponen utama iaitu kepentingan pemuliharaan sumber asli (khususnya sumber geowarisan), pembangunan infrastruktur untuk pelancongan dan aktiviti sosioekonomi yang menguntungkan masyarakat setempat. Justeru, keunikan mural yang menghiasi jambatan ini terletak pada latar flora dan fauna darat serta air, berinspirasikan tema Geopark Langkawi. Antara spesies tumbuhan dan haiwan yang ditampilkan termasuklah Periuk Kera, Orked Hutan, Biji Kopi, terumbu karang, Pink Humpback Dolphin, Burung Raja Udang, Kerapu Bara, Tupai dan Helang. Teknik yang digunakan dalam penghasilan karya seni ini ialah 95% menerusi semburan cat dan 5% menggunakan roller paint.
Foto: Fazleena Hishamuddin.
Para seniman yang terlibat turut menjalankan penyelidikan mendalam mengenai trilobite–fosil purba yang menjadi komponen penting dalam sejarah dan ekosistem Geopark Langkawi. Unsur-unsur ini kemudiannya diterjemahkan sebagai imejan visual yang menarik, sekali gus menjadi tarikan istimewa sepanjang laluan Jambatan Kuala Melaka. Trilobite ialah haiwan laut zaman Paleozoik yang wujud dalam jumlah besar dengan kepelbagaian tinggi. Struktur badannya yang bersegmen dan keras membolehkan fosilnya terpelihara dengan baik, menjadikannya penanda fosil penting dalam sejarah geologi. “Sebelum memulakan projek mural ini, kami sendiri belum pernah mendengar tentang trilobite. Kami melakukan penyelidikan dan mendalami kisah di sebalik makhluk purba ini. Begitu juga dengan ikan lumba-lumba–kebiasaannya kita membayangkan warnanya biru, namun rupa-rupanya ada spesis berwarna merah jambu. Penemuan-penemuan sebegini menjadi ruang pembelajaran yang bermakna buat kami,” ujar Dhiyaul Mohamad Ashraf Dawari, atau lebih dikenali sebagai Acap, yang mengetuai pasukan mural bagi bahagian bawah jambatan serta setiap penghadang jalan di kiri dan kanan laluan. Dalam era kepesatan teknologi dan kecerdasan buatan yang kian dimanipulasi tanpa batas, seni yang lahir daripada sentuhan dan ilham manusia tetap teguh berdiri–relevan dan bernyawa dalam denyut kehidupan. Usaha mengembleng kekuatan insan yang unik, kreatif dan inovatif ini wajar sentiasa dibajai dengan sokongan dan kemudahan sewajarnya, agar tidak hanyut ditelan arus kemodenan. Peringatan ini perlu terus disemat dan dipertahankan, demi melahirkan generasi masa hadapan yang lebih ampuh, berjati diri, dan berakar menjunjung nilai kemanusiaan. Mural Geopark Langkawi menjadi manifestasi nyata bahawa seni sentuhan manusia masih berperanan besar dalam membentuk naratif budaya dan pendidikan visual–meskipun dunia semakin dikuasai oleh kepintaran buatan dan arus digitalisasi. Ia bukan sekadar karya hiasan, tetapi medan ilmu, warisan, dan identiti yang menghubungkan generasi hari ini dengan alam serta sejarah yang mendalam. Inisiatif ini membuktikan bahawa dalam arus kemodenan, seni masih mampu berdiri megah–hidup, relevan dan memberi makna. Seperti yang pernah diungkapkan oleh Jean-René seniman dan jurugambar jalanan terkenal dari Perancis:Sebuah mural bukan hanya sekadar lukisan di dinding, ia adalah cerminan roh dan denyut nadi sebuah kota. – FAZLEENA HISHAMUDDIN merupakan seorang penulis, aktivis teater dan pengasas Kultus Kata.
Source : https://senimalaya.com/seni-mural-geopark-langkawi-instrumen-penghubung-alam-sejarah-dan-komuniti/

Cipta tarikan baharu, Jambatan Sungai Kuala Melaka ‘bertukar wajah’ sempena LIMA’25

Bersempena dengan penganjuran Langkawi International Maritime dan Aerospace Exhibition (LIMA) 2025, Balai Seni Negara Cawangan Langkawi bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah merasmikan Program Pengindahan dan Keceriaan Jambatan Sungai Kuala Melaka. Program yang bermula dari 7 Mei hingga 23 Mei 2025 ini menyaksikan transformasi menyeluruh terhadap Jambatan Sungai Kuala Melaka melalui penghasilan mural berskala besar yang mengetengahkan tema Geopark Langkawi.

Jambatan Sungai Kuala Melaka ‘bertukar wajah’, kini jadi tarikan baharu Langkawi

Jambatan Sungai Kuala Melaka dipilih sebagai lokasi transformasi atas kedudukannya yang strategik sebagai laluan utama pelancong dan nadi komuniti, di samping potensinya untuk diangkat sebagai ruang seni awam yang mampu memperkaya pengalaman budaya serta visual pengunjung. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Khairul Firdaus Akbar Khan yang telah menyempurnakan perasmian program ini turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut.
“Saya ucapkan tahniah kepada semua pihak. Tanpa kerjasama dan usaha setiap pihak yang terlibat, tidak mungkin kita dapat melihat hasil pada petang ini.
“Sudah semestinya, ada sebab pihak LADA memilih Jambatan Sungai Melaka. Yang pertama, lokasi ini menyediakan ruangan yang luas untuk meluangkan masa. Mereka boleh meletak kereta dan berhenti untuk ambil gambar.
“Mereka bukan sahaja boleh mengambil gambar jambatan yang unik ini, tapi ada tarikan lain juga di sini seperti sungai dan pemandangan yang indah.
“Jambatan ini adalah lokasi yang cukup baik kerana dia merangkumi aspek yang menarik untuk pengunjung,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pada Isnin.
Sementara itu, program ini merangkumi beberapa fasa penting termasuk kerja-kerja pembersihan, pengecatan serta penghasilan mural yang melibatkan penyertaan 12 artis mural tempatan. Artikel lain: Kem Ilustrasi Botani: Rasa Alam telusuri keindahan biodiversiti Pulau Langkawi Artis-artis ini termasuk Dhiyaul Mohamad Ashraf Dawari, Muhammad Firdaus Musa, Muhammad Riduan Raja Yunus, Muhammad Syafiq Mohd Adib, Muhammad Izwan Rahimi, Norafandi Rosli, Hardiana Hidayah Azni, Abdul Qoyyum Mohd Nadzri, Mohammed Nabil Sohaini, Fauzan Adzima Pangestu Padzli, Mohamad Fakhri Mohd Salleh dan Muhammad Izharuddin Mohd Salleh. Pada masa yang sama, pendekatan ini bukan sahaja mampu memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap seni visual, tetapi juga memupuk rasa tanggungjawab untuk memeliharan dan menghargai ruang awam sebagai khazanah. Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Balai Seni Negara dalam mendekatkan seni kepada masyarakat serta memartabatkan warisan budaya dengan pendekatan yang inklusif, kontemporari dan mendidik. Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad berkata program ini menghubungkan kreativiti pelukis-pelukis mural sebagai jambatan imaginasi kepada orang ramai.
“Menariknya program ini kerana ia dilaksanakan di Jambatan Sungai Melaka. Jambatan fungsinya menghubungkan dua daratan. Dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan LADA dan Balai Seni Negara, kita menghubungkan kreativiti pelukis-pelukis mural sebagai jambatan imaginasi kepada orang ramai.
“Pihak kami juga sentiasa terbuka untuk melaksanakan pelbagai program. Kami juga mempunyai berbagai rancangan untuk mengisi program dan aktiviti yang berkaitan terutama aktiviti sendiri di luar galeri,” ujarnya.
Dalam pada itu, melalui pelaksanaan program ini, ia diharapkan dapat menyemarakkan suasana Sambutan LIMA 2025 sekaligus memperkenalkan Langkawi sebagai pualu yang kaya dengan nilai seni serta budaya, sejajar dengan kempen Tahun Melawat Kedah 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara dan Balai Seni Negara Langkawi atau layari laman sesawang www.artgallery.gov.my. https://www.malay.news/cipta-tarikan-baharu-jambatan-sungai-kuala-melaka-bertukar-wajah-sempena-lima25/