Langkawi Educational Fair

Langkawi Educational Fair

22 November @ 10:00 am – 23 November @ 5:00 pm

Program kerjasama LADA bersama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi, IPTA, IPTS dan Institut Kemahiran di bawah MARA.

Program yang berlangsung selama 2 hari ini terbuka kepada penduduk Langkawi bagi memberi pendedahan dan pilihan tawaran program pengajian yang bersesuaian berdasarkan minat dan kelayakan pelajar-pelajar untuk melanjutkan pengajian tinggi atau institut kemahiran yang terdapat di Malaysia.

Pelbagai acara berkonsepkan pendidikan akan diadakan seperti pertandingan pantun dan bercerita antara sekolah, permainan-permainan yang membina intelek pelajar, jualan buku-buku ilmiah serta pameran/ booth daripada institusi Pendidikan Malaysia.