Liga Bola Sepak Langkawi : Piala LADA

Liga Bola Sepak Langkawi : Piala LADA

14 September – 4 November

Kejohanan Liga Bola Sepak Langkawi Piala LADA merupakan salah satu program yang direncanakan dalam melahirkan komuniti yang mengamalkan budaya hidup sihat serta menghindari aktiviti pelencongan sosial. Kejohanan yang digemari oleh golongan belia ini terbukti telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh pemain serta kehadiran penonton khasnya penyokong pasukan pemain yang menyaksikan perlawanan sepanjang kejohanan ini berlangsung.